Saturday, 20 October 2012

Pagi di Bundaberg

Bundaberg
 
Gula dari Bundaberg, jika kita ke ‘The Grocers Bangsar village’, kita dapat beli gula dari Bundaberg. Jauh gula tersebut di import; Queensdland, Australia. Jika dicampur dengan minuman, manisnya tidak ketara, entah kerana ianya tebu Australia.
Gula Bundaberg
 
Kilang Gula sekitar Bundaberg
Kiri dan Kanan - Ladang Tebu
Bandar Bundaberg tenang
Saya sering bermalam di Bundaberg, sebuah bandar sederhana saiznya, dikelilingi saujana mata memandang dengan ladang tebu. Keindahan ladang disini memikat hati saya sehingga pernah saya berniat untuk membawa 3 kawan saya yang pernah ke Australia. Mereka bertiga sudah banyak berjalan di Queensland, dari Coolongata sehinga keutara iaitu di kawasan Gympie. Merentasi ladang-ladang lembu (Outback), Gerald Outlook; tempat tinggi yang nyaman serta ladang anggur dan juga tempat membuat keju (cheese) iaitu di Malaney Cheese. Tetapi jelas mereka belum kesini, Bundaberg.
Jambatan merintangi Sungai Bundaberg
Ada yang beriadah di tepi sungai
Ada yang memancing
Hari saya berada di Bundaberg, sungguh sejuk walaupun musim dingin belum bermula. Hujan rintik-rintik menyambut awal pagi. Saya merayau-rayau melihat keindahan bandar Bundaberg sambil mencari tempat sarapan pagi.
 
Makan pagi sambil menikmati Kopi Australia tanpa kafien
 
Dalam berjalan dan merayau-rayau itu saya berkesempatan ketebing sungai berdekatan; melihat ramai yang beriadah. Ada yang memancing dan ada yang hanya duduk di bangku membaca akhbar, dan ada yang memancing. Oh indahnya hidup disini.  Walaupun hari biasa dan bukan hari minggu, tetapi masih terdapat aktiviti seperti ini. Tenang rasa jiwa saya sehingga bagaikan inilah tempat saya.
Tenang rasa hati dengan kedamaian Bundaberg
Jika anda belum ke Bundaberg, kunjungilah bandar gula ini. Ia terletak 400km di utara Brisbane dan 480km dari Gold Coast atau 500km dari Coolongata. Anda boleh menginap di Sugar Country Motor Inn, hanya AUD 120 satu malam. Cantik, bersih dan nyaman untuk satu tidur yang lena selepas penat memandu. 
Motel yang sederhana harganya.
Pakirnya hanya diluar bilik kita menginap
Tak pernah saya tinggal jaket merah saya
 
Makan? Oh jangan lupa ke Pizza Hut yang hanya 100 m kekanan motel jika ada berdiri jalan masuk kemotel. Berjalan kakilah kesana sambil menikmati udara sejuk dan menyegarkan.
Pizza Hut hanya 100 m dari Sugar Country Motel
Kereta penghantar pizza - tiada motorsikal disini
Saya ke Pizza hut untuk makan malam
 
Anda pasti bahagia sambil menikmati keindahan sekitar di Bundaberg dan jatuh hati. Saya juga.

Friday, 19 October 2012

KEAYUAN MU


Dalam anjakan kepantasan kelajuan dunia
Bertimbun perubahan berada dimata
sehingga banyak erti menjadi tanda-tanya
dan wajah menjadi palsu
terselit antara merah jingga
Hijau dan unggu


Dalam anjakan kepantasan terobah dunia
Masih terserlah bibir merah
tanda jelas tahi lalat didagu
memanis rasa memandang
Menghilang kaku wajah
Bersama bibir lembut manis teriras


 
Dalam sejuk musim dingin Gympie
Baru aku sedar
Masih ada keayuan ini
Kekal dan segar
Walau sejuk dingin Gympie
Sehingga beku rasa ketulang hitam


Rahsia ini telah lama aku pendamkan
Dan tiba masanya
Segala-galanya ku ceritakan
Demi sebentuk wajah
Yang masih kekal keayuannya
Sehingga aku pergi
Bertemu kekasih abadi


Gympie, Queensland – 2012

 



Tuesday, 16 October 2012

Terima Kasih



Dingin malam Mooloolaba
Sejuknya  ketulang hitam
sehingga lidah tak tersusun kata
Membawa aku terbangun
Dari sebuah mimpi sedih
Yang berkurun usianya


Dingin Mooloolaba
Bagaikan nyawa disambung Tuhan
Untuk menyembuh luka yang dalam
bagaikan tiada kelihatan dasarnya


Dingin Mooloolaba
Dengan hanya sebuah ketulusan
Dan keikhlasan nyata
Aku menjadi faham
Membaca firman Mu satu persatu
Yang diucap dalam bahasa terindah
Berkias maksud, tapi jelas intinya


Dingin Mooloolaba
aku mengucapkan terima kasih
merafat sembah kepada Mu
Memberi aku pari syurga
Menampal luka
Menyembuh parut yang seumur piramid
.

Mooloolaba – Sept 2012

Monday, 24 September 2012

Mooloolaba

Mooloolaba, siang dan malam keindahannya
Mooloolaba, sungguh cantik...itulah ungkapan saya pada kawan-kawan dan mereka semuanya bersetuju dengan apa yang saya ungkapkan.
 
Siang juga cantik
 Memag, Mooloolaba, sebuah bandar yang sungguh cantik, lokasinya ke utara  Brisbane dan ianya memakan masa selama 2 jam setengah untuk sampai jika kita memandu dari Gold Coast melalui Pacific Highway. Dari Pacific Higway, kita akan bertemu dengan Sunshine Coast Higway untuk menghala ke bandar ini. Ramai sahabat saya atau sesiapa yang pernah saya bawa ke Mooloolaba tidak akan kecewa dengan keindahan Mooloolaba.
 
     Pantai yang indah menyambut kita
 
 
Kedai dan bangunan yang indah serta bersih, menawan hati 
 
        Hampir setiap rumah ada jetty sendiri
 
 Sempat melihat orang belayar ketika hampir senja
 
 Senja di Mooloolaba - sepi tetapi mendamaikan
 
  Awal bulan Mooloolaba menyambut kita - Jam 6 ptg
 
Bandarnya tidak begitu besar, tetapi ia merupakan sebuah bandar ditepi laut. Kebersihannya, keunikannya, angin sejuk diwaktu malam yang menusuk sampai ketulang hitam akan kekal dalam ingatan seseorang sekira  mengalaminya.  Bagi yang patah hati, inilah tempat untuk meluah dan menangis. Bagi yang bercinta inilah syurga keindahan memadukan cinta dan kepada yang ingin kedamaian, pencinta alam, inilah juga bandar milik mereka. Laut luasberhadapan bandar, landscape, pokok-pokok, jeti kapal layar, tempat makan, kebersihan, motel yang bersih serta penduduk Mooloolaba yang peramah bagaikan menyambut kita sebagai sahabat handai mereka. Inilah yang  akan membuat kita berkata “inilah tempat ku” atau ‘this is the place I belong.”


 
  Thai Restaurant - sedap makanannya
 
Jetty yang cantik- terpegun ...
 
 
Mooloolaba keindahan mu menambat hati
 
Jika kita sampai di Mooloolaba kita boleh menginap di Mooloolaba Backpackers; hanya AU 90 satu malam bagi 4 katil dan jika Motel yang kita pilih, boleh kita menginap sekitar McDonald yang berhadapan dengan Mooloolaba Bowl; antara AUD 100 sehingga AUD 130 semalam untuk 3 orang.
 
 Backpackers depan Mooloolaba Bowl
 
Sekitar Mooloolaba Bowl terdapat banyak Motel
 
 
 Restoran ...nak makan Tom Yam tak?
 
Makan? Mudah sahaja: terdapat Mc Donald, Siam Food Restaurant, Indian food dan untuk menikmati Tom Yam yang hanya sekadar 4 minit berjalan kaki dari Mc Donald atau Mooloolaba Bowl. Makanan seperti Indian food? Hanya seminit berjalan kaki dari Siam Food Restaurant atau Mc Donald. Awas, terdapat dua buah Restoran Masakan Thai. Satu yang kelas mahal dan satu lagi sederhana sahaja harganya. Bagi saya dan kawan-kawan, kami sentiasa pilih yang kedua, harga sederhana. Untuk 4 orang hanya AUD39. Tom Yam, telur dadar, ayam goreng halia dan sayur campur. Kawan-kawan saya pernah membuat saya terkejut; makan beliau macam orang kebuluran 4 hari, sungguh menyelerakan agaknya sehingga makan tanpa mendongak kepala.

Semasa saya masih menuntu di Univsersiti disini, restoran ini masih belum ada. Baru setahun dua ini ia wujud.

         Saya tidak pernah gagal ke jeti disiang hari - mana jaket saya? Lagak jap
 
 Minum kopi disini untuk menghilangkan sejuk
 
Untuk membeli belah kita boleh berjalan kaki dari motel sekitar Mooloolaba Bowl ke tepi pantai kerana kedai-kedainya dekat dan pantainya hanya berhadapan kedai-kedai tersebut. Dan sekira kita penat membeli belah atau jalan-jalan pada waktu malam yang dingin, minum kopi panas akan menjadi  satu aktiviti wajib bersama kawan-kawan.

  Kopi yang tiada caffine, yang migrane pun boleh minum

 
  Antara Kedai yang murah untuk membeli-belah
 
Selepas panaskan badan, berjalanlah ditepi pantai atau berehatlah sambil duduk atau berdiri ditempat rehat ditepi pantai sambil merasai angin yang sejuk dan dingin terutama musim dingin, 3 atau 4 darjah. Sesungguhnya sejuk sehingga terasa ketulang hitam.

      Tepi pantai yang indah mendamai hati walau hanya berjalan kaki
 
 Berehatlah ditepi pantai,...sungguh sejuk anginnya
 
  Duduk dibangku melayan hati yang luka dan pilu
 
Kenangan ini akan kekal sampai bila-bila; bau masin air ombak, deruannya yang menghempas kepantai, kesejukan angin pantainya sehingga kita menggigil, tetapi hati rasa mahu terus duduk ditepi pantai walaupun sejuknya terlalu amat sangat. Mooloolaba, oh Mooloolaba keindahan mu ' bagaikan mati hidup kembali dalam syurga'.

Friday, 29 June 2012

Malang bagi si kaya


Aku kehairanan
Si kaya mengata dia malang
dan aku yang miskin
tidak pernah terasa malang

Si kaya mengata malang kerana kurang harta
yang melimpah-ruah
sedangkan aku hanya terasa kurang
untuk membayar sehelai baju sesuap nasi


Aku menjadi makin hairan
melihat si kaya merasa malang
meratap sedih kekurangan kerja berjuta
sedangkan aku
senyum dengan hanya wang syiling mengoyak poket

Aku menjadi semakin hairan
si kaya garang, menindas
manusia orang sepertiku
menghancur luhur umur ku
yang tidak pernah upaya menjadi musuh mereka
hanya seharian mencari sesuap nasi sesudu kuah
yang mahu minum seteguk air sekeping kueh
bagi menerus sisa hidup
yang kosong dan hampar ini
membawa tubuh yang kurus dan longlai
memungkin jatuh bersama tiupan angin
sepoi-sepoi bahasa.


Zulkufli
Universiti Malaya, 28 Jun  2012

Monday, 25 June 2012

Pentas


Aku melihat menonton
bagaimana dia dan mereka
mementas kehendak rasa
mencerita mencarut kemahuan dan kehendak
yang rakus dan kotor

Dan kadangkala halus dan seni
memalsu kata memalsu janji
menukar muslihat tipu menjadi bunga bangga


Aku melihat bagaimana dia dan juga mereka
mementaskan dunia sesuka hati
sehingga aku sendiri tersendiri terpegun
kaku, bisu dan kadangkala menangis tawa
Melihat dunia aku

menjadi milik pentas mereka

Begitulah dia dan mereka
Yang aku lihat dan tonton
Dengan air mata, sedu dan sedan
bagaimana pentas dunia
di sendiwarakan dia dan mereka
Bagaikan  aku yang menonton
Murbawah yang hina dina
bodoh dan hamba nilainya.


Zulkufli
Universiti Malaya, 25 Jun  2012

Monday, 18 June 2012

KEINDAHAN INI MILIK SIAPA?

Saya banyak melihat alam dari angkasa - siang hari - Merentasi Lautan Biru
Saya juga melihat alam pada waktu senja dari angkasa- sungguh kagum - Darwin, Queensland
Saya banyak merantau, dari muda sampai sehingga hari ini. Saya melihat berbagai ragam kehidupan, kemanusiaan, ragam haiwan, tumbuh-tumbuhan, keadaan didarat, udara dan dilaut. Bagaimana matahari terbit, terbenam, awan pagi, dan juga waktu petang. Saya juga banyak melewati perhentian, ranjau yang beronak dan duri. Pahit dan manis saya telan dalam merantau mengenali kehidupan yang bukan milik saya ini.
Banyak perhentian saya lalui - duka, suka dan luka - Bundaberg, Queensland
Saya juga melihat padang, hutan, ladang dan juga bukit-bukit yang di gondolkan. Adakala saya gembira dan adakala mententeram kan jiwa saya.
Di Australia saya melawat ladang-ladang yang berada 600 km dari Brisbane. Sungguh memukau dan mendamaikan jiwa. Rasa tenteram itu memenuhi ruang-ruang kosong hati yang dahagakan keindahan alam maya ini.
Ladang-ladang di Childers, Queensland - memukau jiwa

                                                       Terpukau dengan keindahan ladang 

Saya amat terpegun melihat ladang-ladang tebu yang besar dan luas. Saujana mata memandang sehingga saya sendiri menjadi hairan dan terpegun. Dengan mengguna kanta kamera jauh 85mm x 300mm saya sempat merakam keindahan ini dan bezanya dengan kita di Malaysia, ladang kita tidak teratur, kurang bersih dan dijalankan oleh orang asing. Di Australia, milik mereka, mereka usahakan dan mereka menikmati hasilnya. Tidak pernah saya melihat ladang tebu seperti di Australia, luas, gah dengan usaha manusia.

 
                                       Memandu disini sesungguh menenangkan jiwa

Banyak-banyak tempat saya lawati diseluruh Malaysia atau rantau Asean tidak ada seteratur di Australia. Pernah saya lawati ladang-ladang di Thailand (kawasan Bangkok), itu pun tidak seindah dan seteratur di Australia. Kadang-kadang saya merasakan mereka di Australia mengolah nikmat pemberian Tuhan melebihi insan beragama Islam dan agama-agama lain di Malaysia.

Mereka mengolah kehidupan dengan lebih mulia dari orang-orang Malaysia yang kuat berbicara pasal perjuangan, kemanusiaan dan pasal alam sekitar. Mereka tidak seperti kita, lain dicakap lain dibikin.
                     Bundaberg juga memiliki ladang yang luas- saujana mata memandang 
                                              Awal pagi sungguh tenteram
Kita berbicara pasal anti rasuah, tetapi yang bercakap diatas pentas pasal anti rasuahlah yang paling besar rasuah dan merasuah. Yang bercakap pasal alam sekitar itulah banyak menebang hutan, meratakan bukit-bukau dan membunuh biodiversiti.

Di Malaysia kita cakap pasal rakyat perlu berniaga tetapi yang bercakap itu lebih berniaga dari rakyat dengan menggunakan kuasa yang ada pada dirinya. Entahlah. Sedih saya dari hari kehari melihat keadaan negara tercinta semakin hancur dan sayang saya pula semakin pudar. Pilu juga menyelubungi jiwa dan akhir kesudahan ialah membawa diri. Entahlah, keindahan ini sebenarnya milik siapa dan untuk siapa?

Wednesday, 13 June 2012

Mengkafan sebuah cinta

Dari subuh dini hari Isnin
Sehingga subuh dini hari Selasa dan Rabu
Aku tiada henti-henti membaca Yassin
Memandi dan mengkafan sebuah cinta


Dengan air mata berlinangan
Aku melihat menatap wajah lesu pucat
Cinta yang kaku terbujur
Dan aku ulang dan ulang

Yassin yang aku baca
Sehingga sedu ku hilang tiada suara

Memamah pilu sedih hati
Ketika mengkafan sebuah cinta;
Cinta mati aku kafankan

yang tiada disangka
Terlalu awal meninggal hati
Yang masih meronta-ronta
Untuk sebuah dakapan sayang
yang berpanjangan


Zulkufli
Bangsar, Jun 2012

Monday, 7 May 2012

Seraut Wajah

Cabooltore di awal pagi

Sejuk pagi masih terasa,
Aku menatap mata mu

Kerlipan ayu tanpa bicara

Melambang sebuah hati yang murni
Memapar rasa jiwa yang meronta

Kerana kasih yang membara

Seraut wajah
Didepan ku diawal pagi

mengukir senyum dengan merahnya bibir
menyambut salam sebuah kerinduan dari ku

Dan aku tahu
Kamu juga seperti aku

Menyatakan hasrat sebuah kasih
Erat, penuh dengan doa dan harapan

Agar ia kekal abadi

 Zulkufli
Petaling Jaya, 7 Mei 2012

Saturday, 28 April 2012

Sajak Cinta

Pantai Mooloolaba, Queensland
                
Cinta
Lama pupus dan hilang dalam belukar kelukaan
Kembali semalam,
Bukan berdarah tetapi …entah kabur wajahnya
dan aku lama melihat menatap
wajahnya.
Mundar mandir dihadapan ku
memohon dengan sembah beradat
agar dibuka pintu hati.

Dalam kerisauan,  aku masih memberi izin
Setelah sekian lama aku terpenjara dengan luka berdarah
terlalu mendalam dan memahitkan.

Cinta
Mengetuk pintu dan merayu.
Aku tiada kuasa menolak
hanya Tuhan yang berkuasa
dan
Aku membiarkan ia memasuki rumah hati ku

Walaupun aku tahu
Cinta;
Kadangkala ia kekal dan
Kadang kala lukanya saja bertapak
dan kekal.

Zulkufli
Bangsar, 28 April 2011
                             

Sunday, 1 April 2012

Kehijuan Alam Sekitar

Merenung juah
Saya kadang-kala merenung jauh, merenung betapa ganas dan kerakusan manusia berleluasa, merosakkan alam sekitar dengan alasan PEMBANGUNAN. Dari minggu, menjadi bulan dan akhirnya bertahun-tahun, saya dapati dinegara yang saya cintai Malaysia, kerakusan ini berleluasa.

Saya ketawa dengan alasan-alasan diberi dimana dari satu kawasan yang hijau, nyaman, cukup tenang kehidupan seperti contoh di sekeliling tempat yang saya diami; dipenghujung bukit yang nyaman dan indah (dahulunya). Dulu sewaktu saya mula tinggal disini, ia berkabus dan sejuk disetiap awal pagi. Namun ia hanya tinggal kenangan selepas 16 tahun menginap disini. Entah kemana hilang kabus dan kini dipenuhi asap kereta dan kenderaan lain. Ini adalah dipenghujung bukit dan bagaimana pula dengan keadaan ditanah rata?
Kehijuan memikat hati
Saya kembali merenung di Queensland, kenapa bandar kecil seperti Eumundi kekal 500 rumah sahaja? Sudah 20 tahun, ‘Eumundi Council’ mengeluarkan akta kerajaan tempatan : ‘only 500 residential address allowed in Eumundi,’ ia kekal seperti itu sampai sekarang.Ia kekal sehingga hari ini dengan jumlah seperti diatas. Kenapa tidak kita di Malaysia?  
Saya masih boleh tidur senyum di Eumundi yg hijau - bersama pelajar dari Malaysia

Rumah yang dikelilingi kehijuan di Eumunid - masih
Sesungguhnya kerosakan dan kehancuran ketamadunan Mesopotamia kerana banjir dan ia adalah kerana tangan dan kerakusan manusia atas alas an ‘Pembangunan.’ Renung-renunglah.

NWO?? ADA KE?

NWO? Ada kawan saya yang tanya saya, Doc apa itu NWO yea? Apa wujud NWO atau New World Order? Saya tersenyum dan hairan kenapa tetiba kawan ...